SK ABANG MOH SESSANG

Tuesday, 25 April 2017

Pelancara KM1M

Perlancaran KM1M - kem membaca 1 Malaysia


Pada 5 April .2017 Panitia Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris telah melancarkan program KM1M - Kem Membaca 1 Malaysia dan English Langguage Appriciation Month (ELAM)

Program bermula jam 7.15 pagi bertempat di dewan terbuka sekolah.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah : 

1. Mewarna  bagi murid tahap 1
2. Mencipta dialog bagi murid tahap 2

Program mendapat sambutan menggalakkan dari murid,

Diharapkan program seperti ini dapat menggalakkan minat murid untuk membudayakan amalan membaca sekaligus memanfaatkan buku-buku yang disediakan di pusat sumber sekolah.


Persembahan Action Song dari Murid Tahun 4


Pelajar tahun 5 sedang giat mencipta dialog

suasana di dewan

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada kelas pra sekolah yang berjaya memenangi acara keceriaan kelas bulan Mac

Murid tahun 2 kusyuk mewarna

Pasukan Pantun sekolah membuat persembahan

Suasana di dewan


Hakim sedang menilai hasil kerja murid

Penilaian hakim

Antara contoh lampiran dialog yang dibuat oleh murid


Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

PASUKAN PANTUN SK ABANG MOH JOHAN



Pada 13 April 2017 pasukan pantun SK Abang Moh Sessang berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Pantun peringkat negeri Sarawak setelah mengalahkan beberapa kumpulan pantun dari bahagian lain seperti betong dan saratok . 

Seramai lima orang murid terlibat dan dibimbing oleh Cikgu Hj Ahmad Idrus B Hj Rahmad dan Cikgu Hajah Masina Bt Bakar.

Pertandingan ini diadakan di SK Abang Leman Kabong. Salah seorang pemantun dari SK Abang Moh, Fatin Syakirah juga dinobatkan sebagai pemantun terbaik.

Tahniah diucapkan. Semoga beroleh kejayaan dalam pertandingan peringkat seterusnya.









Wednesday, 15 March 2017

Kemudahan di Pusat Sumber SK Abang Moh Sessang


Ruangan Perdana
Ruangan Membaca

Rak Koleksi Buku


Pentas Bestari

Pentas mini ini digunakan untuk memberi peluang mempersembah dan mengembangkan bakat murid


Pameran Piala Anugerah Kejayaan 

Antara Piala Anugerah hasil dari kejayaan yang diperolehi oleh murid dan sekolah.

Kejayaan anda inspirasi kami!

Antara sijil penghargaan atas keputusan cemerlang dalam UPSR dari Pengarah JPN Sarawak

Bilik Guru Pusat Sumber
Pusat operasi dan pengurusan Pusat Sumber sekolah 



Ruangan Diskusi Bestari
Ruangan diskusi

Perancangan yang teliti pemangkin hasil yang berkualiti


Bilik Tayangan Variasi

Pembelajaran yang mengintergrasi ICT menghasilkan PdPc bermakna kepada murid 

Bilik ini juga dijadikan bilik ceramah dan taklimat




Ruang Pameran Alat Muzik Tradisional



Ruang Pameran Baju Tradisional



Akuarium 



Ruang Pameran Produk Bestari Murid
Hasil kerja murid yang dipamerkan menaikkan motivasi dan self-esteem murid untuk berani mencuba dan berinovasi

Koleksi Buku Bacaan Nilam 
Setiap pagi bermula jam 7 pagi semua murid akan berkumpul di dewan utama sekolah untuk membaca buku-buku NILAM. Buku-buku ini akan diambil oleh pengawas pusat sumber untuk dibaca oleh rakan murid yang lain.


Ruang Variasi Diri
Pada ruang lapang ini dsediakan kepada murid untuk melakukan aktiviti kolaboratif yang dikehendaki seperti bermain permainan minda Sahiba, karem dan melakukan kerja kumpulan

Gallery Walk
pintu masuk Pusat Sumber

Pemandangan Luar Pusat Sumber
Mural kata-kata motivasi

Mural Selamat Datang

Papan Kenyataan